Di kala ini kebanyakan remaja kurang kesedaran dan rasa syukur terhadap apa yang dinikmati . Mereka lebih dari budaya ikut-ikutan. Tindak dan tanduk mereka lebih dari hati dan perasaan bukan bertindak mengikut akal dan pemikiran. Ada di antara mereka yang terpengaruh dengan budaya kaum keluarga dan parti nenek moyong mereka. Sehingga terlupa dengan pengorbanan para pemimpin kita. Mereka pada hari ini celik sahaja mata telah kenal senang dan kemewahan dan langsung tidak merasai kesusahan.
Kerajaan kita pada hari ini telah banyak berkorban dan telah banyak memberi subsidi pada rakyat jelata. Tidak kira apa bangsa mahupun keturunan dan cuba sedaya-upaya berusaha untuk menyediakan segala kemudahan dan kesenangan pada penduduk bandar dan juga desa, sebagai contoh ialah menyediakan rumah PPRT dan juga Rumah Mesra Rakyat. Syarat-syarat yang dikenakan untuk memelikinya juga adalah terlalu mudah.

Dari aspek akedemik pula, kerajaan kita telah melaburkan berbilian-bilian ringgit untuk menaikkan taraf pembelajaran negara ini. Biasiswa dan elaun juga disediakan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Jika kita lihat dari sudut subsidi pula, sebagai contoh, yuran makan yang telah dikenakan ke atas pelajar yang tinggal di asrama ialah RM 9.50. kerajaan telah membayarnya sebanyak RM 8.50 dan ibubapa pula cuba membayar RM 1.00 sahaja. Bayangkanlah betapa jauhnya perbezaan jika kita buat perbandingan tambahan pula sekarang ini banyak yuran-yuran persekolahan dan peperiksaan telah dimansuhkan.
Walaupun telah banyak langkah-langkah yang diambil, tidak kurang juga masih ramai lagi yang kontra dengan kepimpinan kerajaan. Ada yang sanggup menghina pemimpin dan negara sendiri. Membakar bendera dan menukar lirik lagu Negara Ku sesuka hati tidak lagi dirasai sebagai satu kesilapan dan kesalahan yang besar.Takkanlah nak menuding jari pada orang lain pulak? Tak usahlah jadi rakyat yang derhaka kepada pemimpin.
Masa mohon pinjaman dengan MARA dan juga badan-badan kerajaan dulu tak pula kata dia anti kerajaan yang sedia ada.Bila tak sokong kerajaan macam-macam pula kata yang itu haram dan yang ini haram. Bila tidak mahu bayar pinjaman kerajaan tak pula terfikir makan dan guna duit haram?
Jengok-jengoklah sikit negara jiran kita di Indonesia. Mana ada elaun yang diberi kepada rakyatnya yang ke menera gading seperti negara kita...??? Kalau ada niat nak ke sana tapi tak punya wang, kuburkan ajelah niat suci tu...kalau tak punya tanah dan kebun tak usahlah nak berangan-angan tinggi tapi pelajar kita pada hari ini, dia cuma tahu mohon dan tunggu ajee...tahu-tahu duit dah ada dalam akaun dia. Itupun kata kerajaan kita tak baik.
Sebelum kita melangkah jauh-jauh lagi, cuba kita bezakan antara negara kita dengan negara jiran yang rakyatnya tak tidur lena, tak dapat belajar dan tak dapat bekerja serta tak dapat menjalani kehidupan harian dengan sempurna. Mereka sentiasa diburuhi dengan perasaan takut dan bimbang andainya mereka melelapkan mata tiba-tiba bom jatuh di atas kepala.
Cukup sampai disini celoteh saya hari ini. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan memohon ampun dan maaf kiranya ada yang tercalar hatinya bila membaca coretan ini tapi renungkanlah sendiri kata-kata ini.
Akhir kata "Berfikirlah dulu sebelum berbuat apa-apa. Bukanyanya dah buat baru nak berfikir. Terlanjur perahu boleh berundur tapi terlanjur kata- kata dan perbuatan dah tak berguna lagi. sekian Wassalam.

No comments:
Post a Comment