Tuesday, March 25, 2008

JATUHNYA PARLIMEN KOTA MELAKA KE TANGAN DAP

JATUHNYA PARLIMEN KOTA MELAKA KETANGAN DAP

Kota Melaka merupakan satu perlimen yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Ia terdiri dari lima dun iaitu Dun Kesidang, Kota Laksamana, Banda Hilir, Duyung dan Telok Mas.



Mejoriti Penduduk Dun Kesidang pula adalah berbangsa Cina. Begitu juga dengan Kota Laksamana dan Banda Hilir manakala Dun Duyung dan Telok Mas pula adalah terdiri dari orang berbangsa Melayu.



Keputusan Pilihanraya yang ke 12 pada tahun ini amatlah mendukacitakan. BN hanya menang 2 kerusi dan DAP pula menang 3 kerusi. Manakala Parlimen juga dimenangi oleh DAP.



Jika kita lihat dari aspek pembangunan pula, kerajaan BN telah banyak membuat perubahan serta pembangunan di Kota Melaka terutamanya di Banda Hilir.



Memandangkan Melaka merupakan negeri yang kaya dengan sejarah, kerajaan negeri sentiasa menitik beratkan aspek pelancongan, keindahan dan kemudahan negeri ini. Sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam akhbar "MELAKA HARI INI", Kota Melaka akan terus dimajukan walaupun dibawah naungan Kerajaan DAP.


KENAPA INI BOLEH TERJADI

Kekalahan Pilihanraya yang ke 12 di Parlimen Kota Melaka memberikan satu tamparan yang hebat kepada parti BN. Baru sepenggal sahaja Parti BN mengambil alih, akhirnya kalah lagi di tangan DAP. Masyarakat Cina pada hari ini seolah-olah tidak pandai menilaikan antara intan dan permata. Di antara sebab-sebab jatuhnya Parlimen Lota Melaka Ketangan DAP ialah:-

-Walaupun membaharuan dan perubahan telah banyak dilakukan demi menaikkan taraf kehidupan rakyat ini tetapi masyarakat china masih lagi memberi sokonganpadu pada DAP.

-Kemungkinan besar masyarakat ini juga bermuka-muka sesama sendiri. Dihadapan pemimpin MCA mereka membuat kenyataan bahawa mereka menyokong penuh terhadap parti itu tetapi dibelakang adalah disebaliknya.

-Sikap pembangkang yang tidak mahu menerima perubahan juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan.

-Berkemungkinan besar juga ketua-ketua cawangan tidak dapat kesan dan tidak kenal pasti sebahagian dari ahli-ahlinya sendiri.

-Maklumat yang diberi semasa membuat kajian sikap juga mungkin kurang tepat.


Dari aspek kebajikan pula, apa yang boleh kita perkatakan, Ahli Dewan Undangan Parlimen Kota Melaka memang sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan rakyatnya. Setiap kali bila kita meminta peruntukan, belum pernah beliau memghampakan permintaan.

Beliau juga merupakan seorang yang dedikasi, mudah mersa dan tidak kira dengan sesiapapun.
Bagi beliau, di antara beliau dengan rakyat, tidak ada jurang yang boleh memisahkan.


Pada pendapat saya, jatuhnya Parlimen Kota Melaka Ditangan DAP lebih kepada faktor sikap pengundi-pengundi itu sendiri jika dibandingkan dengan faktor yang lain-lain.

No comments: