Wednesday, April 9, 2008

KERAJAAN CAMPURAN JADI TAUKE BABI


PENDAHULUAN



Demam pilihanraya bulan lalu masih hangat terasa lagi tetapi hari ini kita telah dikejutkan dengan satu lagi isu yang lebih hangat iaitu Isu Penternakan Babi di Selangor.





HADIAH PILIHANRAYA



Pada hari ini negeri Selangor yang pesat membangun bukan lagi negeri dibawah jajahan Kerajaan Barisan Nasional tetapi ianya merupakan negeri dibawah jajahan Kerajaan Campuran. Walauapapun pilihan yang dibuat oleh rakyat negeri itu, yang pastinya pilihan yang dibuat mestilah lebih baik daripada yang lalu tetapi jika awal-awal pemerintahan lagi Kerajaan Campuran telah menyerlahkan kegagalan didalam pemerintahannya bagaimanakah mereka mahu meneruskan perjuangannya? Usahkan sepenggal, sebulan sahaja mereka telah tidak mampu untuk memimpin. Ataupun adakah isu babi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini merupakan HADIAH PILIHANRAYA DARI KERAJAAN CAMPURAN UNTUK RAKYAT SELANGOR YANG MENCALUNKANNYA?





ASPEK KEAGAMAAN



Amatlah tidak wajar jika pihak Kerajaan Campuran membiarkan negeri Selangor menjadi satu negeri ternakan babi secara besar-besaran di negeri itu. Memandangkan negara kita negara Islam dan kita juga bukan Islam pada dasar nama sahaja, jadi, isu ini haruslah kita tentang habis-habisan bagi memastikan kita mencapai matlamat Islam Hadhari yang sebenar.



Dari segi halal dan haram pula, sebagai kerajaan yang memerintah, janganlah pula menambahkan hasil pendapatan negeri dari hasil yang haram lagi sedangkan yang sediada seperti kilang-kilang arak di Selangor hari ini belum lagi mampu untuk mereka tutup. Dimana janji-janji parti PAS yang pernah membuat janji jika parti-parti pembangkang memerintah, mereka akan menutup semua kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian? Kenapa mereka tidak kotakan janji malah engkar pada janji-janji sebelum ini? Bila semua ini terjadi ternyata dan terbuktilah bahawa parti-parti pembangkang cuma pandai berbuat janji tetapi tidak mampu memunaikannya.





ASPEK EKONOMI



Dari segi ekonomi pula, projek untuk membina ladang babi ini telah diperuntukan perbelanjaan sebanyak RM 100 000 000.00 oleh Parti Kerajaan Campuran. Bayangkanlah jika projek ini melelan belanja sebanyak itu, maka ianya telah setanding dengan Projek Mega KLIA dan F1. Dari segi barjet pula jika barjetnya sebanyak yang telah disebutkan tadi, tentu kita dapat membayangkan besar kemungkinan kandang yang dibina ini merupakan kandang yang canggih yang pagarnya pagar outomatik, yang mempunyai kemudahan-kemudah yang selesa seperti manusia contonya tandas awam untuk ternakan, ruang tamu, bilik rehat, pusat sembelihan yang begitu selesa, tempat menyimpan sembelihan yang sempurna dan sebagainya.





ASPEK KESIHATAN



Memang tidak dapat kita nafikan jika mengikut hukum hakam binatang ini merupakan binatang yang haram untuk kita memeliharanya apa lagi memakannya. Setiap yang Islam larangkan itu tentu ada sebab-sebabnya. Daging ini jika kita memasaknya di atas api yang kuat sekalipun ulatnya tidak akan mati. Ia akan hidup walaupun dimasak. Jika kita imbas kembali suatu ketika dulu penyakit JE telah melanda negara kita. Penyakit JE ini adalah berpunca dari babi. Ramai orang-orang cina pada ketika itu berhenti seketika memakannya apabila mereka mengetahui betapa bahayanya penyakit ini.



Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, lokasi yang dibuat untuk membangunkan tempat ternakan babi ini ialah di kawasan orang-orang Islam dan bukannya ditempat bangsa asing. Ini memberi kesan yang buruk pada orang Islam kerana binatang ini bukan sahaja binatang yang menjijikkan malah dengan terbinanya pusat ternakan ini ianya juga akan mengundang penyakit pada manusia walaupupun tanpa memakannya.



Sebagai contoh:

-Apabila terlalu dekat dengan tempat kediaman kita tidak dapat lari dari bau-bau busuk.


-Sekiranya kawasan itu tidak bersih sudah tentu akan mengundang penyakit.


-Dari aspek kesucian pula berkemungkinan besar akan terganggu.


-Peluang-peluang pekerjaan untuk orang Islam sudah tentu tiada.


-Dari aspek pelancongan pula, berkemungkinan besar kita akan terganggu kerana air yang mengalir dari ladang ternakan ini akan disalurkan terus ke pantai Morib.



ISU ALAM SEKITAR DAN KOS PEMULIHAN


Apabila berlakunya pencemaran, sudah tentu ianya berhubungkait dengan alam sekitar. Berbagai-bagai keburukan akan kita perolehi dari sini iaitu:


-Segala tumbuh-tumbuhan akan rosak dan musnah akibat pembinaan ladang ternakan babi yang terbesar dan terluas ini.


-Penduduk-penduduk di sekitar itu tidak akan menghirup udara yang sihat dan bersih.


-Jika ladang itu merupakan ladang yang mampu menampung beratus-ratus ribu ekor babi, ini bermakna BABI LEBIH BANYAK/RAMAI DARI ORANG DI KAWASAN ITU. Bayangkanlah jika seekor babi beranak 12 ekor dalam satu masa , sekiranya beratus-ratus ribu ekor babi yang ada disitu beranak, berapa juta ekorkah yang bakal ada dikawasan????


-Sekiranya berlaku pencemaran alam sekitar seperti di Bukit Pelanduk, Port Dicktion, tempoh hari, siapakah yang harus dipersalahkan dan berapakah anggaran kos perbelanjaan yang bakal ditelan? Sudah tentu beratus-ratus juta.


Tidakkah Perti Pembangkang memikirkan kesan buruknya dahulu sebelum melaksanakan projek ini? Ataupun apa yang dilaksanakan oleh Parti Pembangkang tentang Projek Mega Ternakan Babi ini sememangnya ada udang disebalik batu sehingga tidak ambil kira langsung tentang beburukan-keburukan tentang masalah yang bakal dihadapi??? Jawablah wahai Parti Pembangkang...Inikah yang dikatakan parti yang membawa "HARAPAN BARU BAKYAT MALAYSIA"?, NEGARA BERKEBAJIKAN KERAJAAN ADIL DAN AMANAH??? Janji tinggal janji, semuanya tipu dan helah belaka.



PENUTUP


Marilah kita fikirkan sejenak tentang masa depan negara kita sekiranya awal-awal pemerintahan lagi Parti Pembangkang sudah menunjukkan belang semasa pemerintahannya. Apakahkah yang akan terjadi sekiranya semua kerusi di parlimen ditangannya? Bagaimanakah nasib anak cucu kita dimasa akan datang? Apakah yang diperjuangkan oleh parti pembangkang sebenarnya? Sudah tentu dan jelas lagi memang tidak silap hanyalah mengaut keuntungan semata-mata.Halal dan haram semuanya dibelasah sahaja.






No comments: